Berita

menumukadepanTOPmukakemudianspace.gifHOME
DRAW & KEPUTUSAN KEJOHANAN GP EMAS TERBUKA MALAYSIA 2012
2/5/2012

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2012
TARIKH: 2 - 6 MEI 2012
VENUE: STADIUM BANDARAYA JOHOR BAHRU

Untuk mengetahui draw perlawanan dan keputusan kejohanan, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/05/draw-keputusan-gp-emas-terbuka-malaysia.html


PEMAIN PILIHAN KEJOHANAN GP EMAS TERBUKA MALAYSIA 2012
2/5/2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2012
TARIKH: 2 - 6 MEI 2012
VENUE: STADIUM BANDARAYA JOHOR BAHRU

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Nguyen Tien Minh (VIE)
*3 Tommy Sugiarto (INA)
*4 Liew Daren (MAS)
*5 Takuma Ueda (JPN)
*6 Muhammad Hafiz Hashim (MAS)
*7 Sourabh Varma (IND)
*8 Chong Wei Feng (MAS)

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/05/pemain-pilihan-gp-emas-terbuka-malaysia.html


PULAU PINANG DESTINASI TERBARU KEM BAKAT KBS-NUSA MAHSURI
24/4/2012

SELEPAS berjaya menarik penyertaan seramai 66 bakat baru di Melaka dua minggu lepas, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri) akan meneruskan kesinambungan program ke kawasan utara pula. Pulau Pinang akan menjadi destinasi pilihan kem bermula Jumaat ini.

Seperti kelazimannya, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang disertai barisan jurulatih dan pemain Nusa Mahsuri akan hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada bakat-bakat Pulau Pinang yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pulau Pinang, Batu Uban.

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/04/pulau-pinang-destinasi-pilihan-kem.html


HAJAT MISBUN RAMDAN GAPAI JUARA TIDAK KESAMPAIAN
8/4/2012

HAJAT pemain utama remaja Kebangsaan, Misbun Ramdan Datuk Misbun untuk mengapai kejuaraan pertama pada tahun ini tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain berpengalaman India, Anand Pawar pada aksi final Kejohanan Antarabangsa Perancis di Palais des Sports, Orleans sebentar tadi.

Misbun Ramdan yang diletakkan sebagai pemain pilihan keempat kejohanan gagal memecah kebuntuan ketika berdepan dengan Pawar selepas rentak permainan berjaya dibaca. Misbun Ramdan kecundang dua set terus 16-21, 10-21 dalam masa 34 minit.

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/04/kejohanan-antarabangsa-perancis.html


69 BAKAT MUDA TERIMA LATIHAN MISBUN
2/4/2012

PROGRAM Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji bermula 29 Mac 2012 lalu.

Program selama tiga hari yang bermula dari jam 6.30 pagi menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi latihan senam cergas, latihan kemahiran, shuttle drill, latihan bayangan dan bermacam-macam lagi yang dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek yang turut dibantu barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri.

Jurulatih-jurulatih kelab profesional pertama negara yang turut terlibat sama ialah bekas pakar bergu negara, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Haji Hashim.

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/04/bakat-muda-kelantan-terima-latihan.html


KBS-NUSA MAHSURI GEGAR KEM BAKAT DI PANJI 29-31 MAC INI
27/3/2012

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu bagi meneruskan Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Kelantan mulai Khamis ini.

Selanjutnya, sila klik dihttp://nusamahsuri.blogspot.com/2012/03/kbs-nusa-mahsuri-kendali-kem-bakat-di.html


66 BAKAT BARU TERUJA TERIMA TUNJUK AJAR MISBUN
20/3/2012

SERAMAI 66 bakat baru yang pertama kali menyertai Program Kem Bakat Badminton kelihatan teruja menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek di Kompleks Sukan Negeri, Seremban 2 yang berakhir kelmarin.

Program selama tiga itu dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dn Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/03/66-bakat-baru-teruja-terima-tunjuk-ajar.html


NUSA MAHSURI KENDALI KLINIK KEJURULATIHAN ASAS DI PUTRAJAYA 9 - 11 MAC
8/3/2012

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari mulai esok.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/03/nusa-mahsuri-kendali-klinik.html


PEMAIN PILIHAN SUPER SERIES PREMIER SELURUH ENGLAND 2012
6/3/2012

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES PREMIER TERBUKA SELURUH ENGLAND YONEX 2012
TARIKH: 6 - 11 MAC 2012
VENUE: ARENA TERTUTUP KEBANGSAAN BIRMINGHAM, ENGLAND

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Datuk Lee Chong Wei (MAS)
*2 Lin Dan (CHN)
*3 Chen Long (CHN)
*4 Peter Gade Hoeg (DEN)
*5 Chen Jin (CHN)
*6 Sho Sasaki (JPN)
*7 Kenichi Tago (JPN)
*8 Lee Hyun Ill (KOR)

BERGU LELAKI
*1 Cai Yun.Fu Haifeng (CHN)
*2 Jung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
*3 Mathias Boe/Cartsen Mogensen (DEN)
*4 Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong (KOR)
*5 Chai Biao/Guo Zhendong (CHN)
*6 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS)
*7 Mohamad Ahsan/Bona Septano (INA)
*8 Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata (JPN)

Selanjutnya, sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/03/pemain-pilihan-ss-premier-seluruh.html


KERATAN VIDEO KLINIK KEJURULATIHAN KBS-NUSA MAHSURI SIRI II 2012
6/3/2012

KERATAN VIDEO
PROGRAM KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON KBS-NUSA MAHSURI SIRI II 2012
TARIKH: 2 - 4 MAC 2012
VENUE: INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT, SABAH

Sila klik http://nusamahsuri.blogspot.com/2012/03/keratan-video-klinik-kejurulatihan-kbs.html


menumukadepanTOPmukakemudianspace.gifHOME

- Topics Board -