@


KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA FILIPINA 2006
Tarikh: 24-28 Mei 2006
Tempat: Arena Serbaguna Sukan Filipina (ULTRA) Manila.

Rashid Sidek sedang berbincang sesuatu dengan pemain kebangsaan, Lee Tsuen Seng (kiri) dan James Chua ketika menonton perlawanan di Dewan Sukan ULTRA Roslin Hashim kelihatan bersedia menerima servis dari Agus Hariyanto yang ditewaskannya pada kejohanan itu.
Kuan Beng Hong......bersahaja memulakan servis sambil teruja lawannya yang menanti arah haluan bulutangkis Pemain Nusa Mahsuri, Zulfari Abdullah sempat menjalani latihan renggangan pemanas badan sebelum turun ke gelanggang bersama pemain-pemain kebangsaan yang lain
Setelah penat beraksi, Hafiz Hashim sempat meluangkan menonton perlawanan di Dewan Sukan ULTRA bersama-sama Zulfari. "Tuan,nampaknya masih kacak lagi," mungkin itulah seloroh satu keluarga yang datang ke Dewan Sukan ULTRA kepada bekas Presiden Filipina, Fidel Ramos
Kelihatan Zulfari (dua dari kiri) sedang berbincang sesuatu dengan pemain wanita kebangsaan, Anita Raj Kaur sambil ditemani rakannya, Norshahliza Baharum yang juga pemain skuad kebangsaan. "Yes......!!!  aku menang juga akhirnya"....mungkin itulah kata-kata Hafiz sebaik sahaja memenangi perlawanan akhir menentang abangnya, Roslin. 
Hafiz sendang menerima hadiah kemenangan sebagai juara acara perseorangan lelaki dari seorang tetamu kehormat sambil diperhatikan oleh Roslin. Saina Nehwal....Bintang baru India yang menjadi buah mulut sebahagian besar penonton selepas muncul juara perseorangan wanita  selepas mengalahkan Julia Wong dari Malaysia.
Julia Wong tersenyum girang menerima  jambangan bunga ketika sesi penyampaian  hadiah.
 
Salah seorang tetamu kehormat sedang memberi hadiah berupa medal kepada Saina Nehwal sambil Julia Wong berdiri megah dengan hadiah jambangan bunga
Hafiz sempat meluangkan masa bergambar kenangan dengan seorang peminat wanita.

@<< kembali ke Galeri