@

Pertandingan Badminton Remaja Majlis Bandaraya Petaling Jaya/Nusa Mahsuri 2006
Tarikh : 16-17 September 2006
Tempat: Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya
Penyertaan: 90 pasangan bergu

Zulfari sempat berseloroh dengan seorang pemain remaja kebangsaan, Hafiz Shahiruddin ketika mengendalikan sesi pendaftaran peserta. Kelihatan pegawai penyelaras MBPJ, Puan Zainah dan barisan ahli jawatankuasa pertandingan dan pengadil begitu serius menguruskan draw perlawanan peserta
Anak bekas jaguh bergu negara, Jalani Sidek iaitu Megat Deli (kiri dan berbaju putih) bersama peserta lain sempat memperagakan aksi sebelum turun ke gelanggang. 
Beberapa pemain sedang berbincang sesuatu dengan jurulatih sebelum meneruskan perlawanan
Beberapa pemain bergu wanita sedang menunggu giliran masing-masing untuk memasuki gelanggang Salah satu pasangan acara bergu lelaki sedang melakukan servis ke arah lawan mereka
Sebahagian peserta kelihatan ghairah dan berbincang sesama sendiri sebelum dipanggil oleh urusetia untuk memasuki gelanggang. Kelihatan Ramdan, anak kepada jurulatih badminton negara, Misbun Sidek turut mengambil bahagian berpasangan rakan sepelatihnya di Nusa Mahsuri
Sebahagian kecil peserta sedang mendapatkan baju dan sijil kejohanan yang disampaikan oleh Zulfari ketika sesi pendaftaran.
Hakim, anak kepada bekas bergu negara, Rahman Sidek keliahatan tenang menanti hantaran servis lawan mereka.
Wakil Sunrise Sports Sdn. Bhd., syarikat pengeluar barangan Yonex, Nor Moro sedang berurusniaga dengan para pelanggan ketika pertandingan berlangsung Hafiz Shahiruddin (dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama Hakim dan sebahagian peserta yang bertanding

@<< kembali ke Galeri