@

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri
Peringkat Negeri Sabah
15-17 Julai 2005

Misbun sedang memberi taklimat pagi kepada peserta sambil diperhati oleh Rahman. "Bila main, pastikan raket sentiasa berada di atas,"...mungkin itulah agaknya yang diperkatakan Roslin kepada peserta.
Kelihatan Doni sedang menunjukkan teknik permainan kepada salah seorang peserta ketika sesi soal jawab. Para peserta khusyuk mendengar penjelasan Misbun berhubung pukulan backhand sambil Zulfari berkeadaan siap sedia.
Zulfari menunjukkan aksi senaman dihadapan para peserta. Ahli Parlimen Papar, Rosnah Rashid Shirlin sempat berseloroh dengan salah seorang peserta ketika sesi penyampaian sijil sambil diperhati oleh Shahrizul (kiri), Misbun dan Haji Dahali Matsin, Pengarah JBS Sabah (berkaca mata).
Rosnah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan Misbun sambil menerima penerangan mengenai buku teknik asas badminton hasil tulisannya. Salah seorang peserta sedang melakukan latihan shadow (bayangan) sambil menerima tunjukajar daripada Hafiz.
Misbun memberi taklimat akhir kepada para peserta sebelum beredar untuk menikmati makan tengahari Kelihatan Misbun dan Roslin sedang menandatangani otograf buku teknik asas hasil tulisannya
Doni kelihatan berlari ke arah jaring untuk menerima hantaran servis Rahman sewaktu sesi pengenalan acara bergu Sebahagian besar peserta, jurulatih dan ibu-bapa yang hadir dalam majlis penutup kem bakat. Turut kelihatan dari kanan ialah Rahman diikuti Doni, Roslin, Zulfari dan Encik Yusof, Penolong Pengarah Sukan JBS Sabah.
Rosnah dan Misbun bergambar dengan barisan jurulatih dan jawatankuasa Persatuan Badminton Putatan.
Kelihatan jurulatih dan peserta bersama-sama Rosnah melaungkan 'Malaysia Boleh' sebaik sahaja tamat Kem Bakat Badminton di Sabah.
 
@<< kembali ke Galeri