@

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri
Peringkat Negeri Kelantan
3 - 5 Jun 2005
Misbun sedang menunjukkan kaedah memegang raket dengan betul kepada salah seorang peserta. Para peserta mendengar jawaban diberi oleh Misbun semasa sesi soal jawab.
Misbun sedang meminta para peserta membetulkan pergerakan semasa sesi latihan shadow. Sebahagian besar peserta yang mengikuti sesi motivasi kendalian Misbun.
"Siapakah agaknya bintang badminton yang menjadi idola anda?," mungkin itulah agaknya yang disoal Misbun kepada salah seorang peserta dalam sesi motivasi. Misbun serius memberi penerangan kepada Roslin dan Hafiz semasa sesi latihan mereka pada awal pagi.
Kelihatan Salim berpasangan dengan seorang peserta wanita semasa bermain dalam acara bergu campuran. Para peserta khusyuk mendengar penjelasan daripada Misbun.
Misbun menunjukkan sesuatu kepada para peserta semasa sesi latihan shuttle drills. Inilah kompleks latihan Kem Bakat Badminton yang terletak di Panji.
Misbun memberi penerangan selepas selesai sesi latihan. Turut kelihatan ialah barisan jurulatih. Telatah Misbun mencuit hati para peserta.
Hafiz menceritakan pengalamannya sebelum bergelar pemain negara sambil didengari penuh minat oleh Rahman,Roslin dan Misbun. Kelihatan barisan VIP's dan jurulatih sedang asyik menatap buku cenderamata sempena majlis penutupan kem.
Salah seorang peserta gembira menerima sijil penyertaan daripada Azahari Mohamad, Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Azahari sedang menyampaikan sijil kepada peserta sambil diiringi Misbun. 
Para peserta kelihatan gembira sambil menunjukkan sijil penyertaan semasa sesi bergambar bersama jurulatih. Tenaga urusetia kem bergambar kenangan dengan barisan jurulatih.

@<< kembali ke Galeri