Pengenalan & Objektif
Kelab Badminton Nusa Mahsuri merupakan sebuah kelab badminton pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April 1997.

Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton profesional dalam melatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

Selain dari bertindak sebagai pusat latihan dikalangan pemain-pemain profesional, kelab ini mempunyai visi sebagai perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat perunding.

Kelab ini juga diibaratkan sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakat-bakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri.

atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton, kelab ini telah, sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga ke peringkat akar umbi.
Perutusan

Perutusan
Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Sebagai sebuah kelab profesional pertama di Malaysia, penubuhan Nusa Mahsuri antara lain mempunyai objektif  dalam mendidik dan mendedahkan kepada seluruh masyarakat khususnya di peringkat akar umbi tentang kaedah permainan sukan badminton yang lebih bersistematik.

Dengan adanya kemudahan laman web ini, saya percaya ia dapat memberi maklumat yang lebih berkualiti dan terkini secara lebih dekat lagi berhubungkait soal latihan teori dan praktikal, perkembangan aktiviti, kejohanan dan sebagainya baik dari dalam mahupun luar negara.

Kemudahan ini juga diharapkan akan menjadi jambatan penghubung serta laman bertukar-tukar idea  dan sumber rujukan sesama  kita dalam meningkatkan mutu permainan sukan badminton, insyaallah.

Selamat melayari laman web Nusa Mahsuri!
MISBUN SIDEK
Jawatankuasa Latihan & Pengurusan



Pusat Latihan
1, Kompleks Sukan Kelana Jaya (Peta dan Foto)
Hubungi Kami
Alamat: No.2, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 6(03) 41496011
Fax: 6(03) 41436101,41439101
Email: nusamahsuri_club@yahoo.com
Laman Web: http://bulutangkis/web.infoseek.co.jp/nusa/
ke chart 2008 >>