  |
|
  |
Pengenalan & Objektif |
 |
 |
Kelab Badminton Nusa Mahsuri merupakan sebuah kelab badminton pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April 1997.
Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton profesional dalam melatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.
Selain dari bertindak sebagai pusat latihan dikalangan pemain-pemain profesional, kelab ini mempunyai visi sebagai perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat perunding.
Kelab ini juga diibaratkan sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakat-bakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri.
atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton, kelab
ini telah, sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan
minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga
ke peringkat akar umbi.
|
Perutusan |
Perutusan
Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Sebagai sebuah kelab profesional
pertama di Malaysia, penubuhan Nusa Mahsuri antara lain mempunyai objektif dalam mendidik dan mendedahkan kepada seluruh masyarakat khususnya di peringkat akar umbi tentang
kaedah permainan sukan badminton yang lebih bersistematik.
|
Dengan adanya kemudahan laman web ini, saya percaya ia dapat memberi maklumat yang lebih berkualiti dan terkini secara lebih dekat lagi berhubungkait soal latihan teori dan praktikal, perkembangan aktiviti, kejohanan dan sebagainya baik dari dalam mahupun luar negara.
Kemudahan ini juga diharapkan akan menjadi jambatan penghubung serta
laman bertukar-tukar idea dan sumber
rujukan sesama kita dalam meningkatkan
mutu permainan sukan badminton, insyaallah.
Selamat melayari laman web Nusa
Mahsuri! |
 |
MISBUN SIDEK |
|
Jawatankuasa Latihan & Pengurusan |

|
Pusat Latihan |
|
Hubungi Kami |
 |
|
ke chart 2004 |
 |
|